Tuesday, December 13, 2011

laki transform to girl

hati2 difacebook.. pesanan penaja..


V-1 # translate lagu ke body language


salam sejahtera semua..
hampa tgok ja la video ni 
tahu tak macam mana?
cuma klik button play.. :) hehee



Tuesday, November 29, 2011

aku budak nakal !!

wo ai ni... tebiat ka budak nie
terima kasih kerana sudi membaca post aku yang cute, hebat, cool boring nie hahaha..
kali ni aku nak cerita sikit pasai aku sewaktu dibangku sekolah... asal bangku?? meja tak boleh ka?

CIKGU ba tutttt sensor sikit satgi xpasai2 kena saman 
selalu jugak la aku maki cikgu sbb gara2 kena pukoi aka denda eleh kau
mesti ampa semua kena denda jugak kan?? kalau sapa2 yang xpernah kena cium marah dengan cikgu tu
lu skema bohong la..

ha nii dia TOP 10 denda yang selalu diberikan oleh cikgu kepada aku macam surat cinta x?? haha
1.sebat dengan rotan kat buntot habis la buntot i dah x lawe
2. cubit cuping telinga!! sakit oo..
3. letak marker pen kat celah jari pastu kepit jari kuat2 damm!! sakit kot..try la buat sendiri!
4.cop pemadam besar yang digunakan oleh cikgu untuk padam tulisannya yang hodoh cantik tu..
    sedap ja aku duk melayan blue imaginasi,, feiwww pemadam terbang sampai kat muka xla sampai berdarah2 :P.. takpa2 aku balas dendam nanti
5. cubit di perut.. sakit jugak la tapi aku rasa geli... tambah2 bila cikgu pompuan cubit :P
6. tulis misi dan visi sekolah sebanyak seratus kali!! apalah dosa aku niee,,
7. gantung pas yang besar di leher/tengkok di pas ada tulis "saya xbuat kerja sekolah dan inilah akibatnya" pusing la satu sekolah dengan memakai pas haram jadah cute tu.. malunya aku
8. berdiri atas kerusi!! benci betol aku denda ni xfun langsong..
9.memakai kain batik untuk lelaki gara2 memakai seluar yang bercuting skiny.. damm kau cikgu
10. lompat kijang katak diluar kelas!! malu kot

tu je la TOP10 aku.. hahaha ada lagi sebenarnya tapi malas nk tulis panjang2..
 boring plk ampa nk baca kan??....

p/s :. walaupun aku kena cium denda.. kena cium sekali lagi maki hamun.. kena cuim lagi marah dengan cikgu.. tp yg tulah kenangan aku dibangku sekolah, dan dengan denda2 tu lah aku jadi seorang yang lebih baik >_< 
TQ cikgu love cikgu aku muax2 egat kau sorang ada cikgu??


Sunday, November 27, 2011

Ayat2 jiwang yang pernah masuk HP ku...

how are u today?? today i want to payah sagat aihhh...    
hari ni aku ada mau cita pasai ayat2 jiwang sikit aka cinta..
nie semua ayat2 jiwang yang pernah bertahta didalam HP aku la... time aku muda2 skung ko tua ker?
HP korang xtahu la ada ke x ayat cam bangang comel nie tak kuase aku.. haha
1.Dari mana datangnya cinte? dari SMS turun ke hati euwww
2. Kalau I boleh susun abjad, I nak letak U dekat dengan I sampai mati pun tak la..
3. hello, U ada plaster x?? I luka terux sebab jatuh cinta pada U!! padan muka hg!!..
4. U ni doktor ke? kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada Universiti!! eleh mengada2.. kalau aku jadi Dr. dah lama aq hempok budak nie..
5. Luahan Cinta Ibarat Kentut, ditahan sakit.. dilepas malu.. PERGH tambah2 yang xda bunyi memang sentap la.. 
   :. untuk tahu rahsia disebalik kentuk PETIK ---> SINI iklan jap yew.

6. jika kau hidup sehingga 100 tahun.. aku nak hidup 99 tahun sahaja sbb aku rela tak rela hidup tanpamu ada ku kisah?
7. dibawah ini senarai yang aku  suka tak suka ttg kamu..
      1....
      2.....
      3.......
eh2 tak ade la.. i suka semua tentang U kalau nk tipu tu agak2 la brader..
8. biarlah yg dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.. power siot ayat ko GEMPAK
9. Kalau cinta ibarat penyakit, aku taknak makan ubat, biar aku merana diserang penyakit kerana aku ingin kau tahu betapa aku cinta padamu hayperbola lu memang cantik la bro..
10. orang kata kita hanya jatuh cinta sekali. tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta padamu!! muax muax i love u salena gomez 
11. tuhan berikan rasa cinta kepadaku, dan ku berikan padamu. tolong jagan berikan kepada sesiapa terimalah hakikat bro
12. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati.. bukan hipokrit mahu pun kongkrit.. bukan cinta palsu.. ini ada lah cinta tanpa syarat.. aku begitu menyintaimu... SUPERBBB
13. cintaku bukan ibarat kertas... cintaku adalah bara yang sentiasa menyala dan semakin marak.. jenoh la abg bomba.. 
14. aku tak dapat hidup tanpamu.. kerna kaulah nyawaku?? yeka? bila putus boleh plk hidup PLASTIKNYA kau maria..
renungkan ..
      Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
      Air mata kerana ibu bapa 1 kesinsafan,
      Air mata kerana kekasih 1 penyesalan,
      Air mata kerana Allah 1 keberkatan... 

p/s :. therefor jiwang la mcm mana pon.. kalau ada jodoh tak kemana jugak..

Saturday, November 26, 2011

apabila budak-budak ada FB!!!

apa kahabar adik2?dah makan ke belum? macam rancangan mari mengaji plak..
harini aku nak share la sikit apa yang telah berlaku
saksikan .. identiti di rahsiakan
tulisan kecik? klik untuk besarkan..






bayi mana tah nak berkenalan ngan aku.. hadoi nyampah
nanti kalau xlayan di COP sombong.. ada ku kisah?
ada ka patut dia suruh aku teka plak umo dia..
wei bayi lu egat gua tukang tilik ke? KL kejap
tp selalunya budak2 hingusan ja yang duk suruh teka2 umo ni..
jadi dengan cekapnya aku teka POMM betul siot.. banga kejap hehe


lepas ja aku menilik.. aku tanya la untuk kepastian who want to be milionaier
pastu boleh dia duk main2 aciligan duduk plk ngan aku... aku cepok jugak budak nie kang..
dia egat aku sepupu dia ka?? xhingin aku!
pastu terus aku wat bodo xbodo sagat la sikit ja.. huhu

p/s : aku sorang ja ka duk kena mcm ni?? F#C# betul...

Wednesday, November 23, 2011

lelaki. awex dan bini

bagi kat luar sana yang sedang hot bercouple, hot duk manja-manja..
hampa semua patut mai baca entry nie...
kepada para wanita diluar sana.. ini sebagai peringatan la.. takut lelaki mainkan anda diluar sana


LELAKI KALAU NAK CARI AWEK

~ depa nie tak kisah lah dye freehair atau bertudung...
~ or pakai seksi dan ketat satu kelebihan...
~ nak yang kulit putih jer suci murni, muka cantek t0o paling dye nak....
~ tak kisah dye perangai anjing macam mana pown.. Noty lagi dye suke.... ee ukenyer
~ bley keluar rumah anytime, anywhere.....
~ nak yang gedik sana, gedik sini...bley pegang2..... maksiat sagat
~ ada DARA ke tak de t0o belakang cerita... kalaw tak de DARA, t0o satu peluang baek..... yahoooo

LELAKI KALAU NAK CARI ISTERI PLAK

~ depa nak yang ALIM dan menutup aurat t0o WAJIB !
~ reti hormat orang tua... ehem tumpang lalu makcik
~ nak yang pandai dekat dapur.. reti masak2.... ala makan luar dah la..
~ tak kisah cantek ke tak.. janji sejuk mata memandang...
~ nak cari yang pandai jaga maruah ! tak bley ada laki laen sentuh...
~ cari yang pandai jaga diri.. tak curang bila dye kerja.... cyunk sayang cyunk ketat eeee
~ nak yang suci jer...

jadi kepada wanita diluar sana.. hati2 lah ..Jangan terjerat dengan ayat cinta Lelaki Macho...dan jagalah maruah anda..

p/s hampa couple nak seronok2 ka? atau nak sampai ke anak cucu?....
RENUNGAN BERSAMA !!!

Friday, September 16, 2011

nothing TO say

malas nak menulis la palak kali nie... jadi aq letak ja gambar2 yang aq rasa best.. xbest pon buuu


selamat lembu depa xbuat macam nie...




bra terbesar didunia... sapa la pemakainya??


tidur nyeyak dibuai mimpi  best kot hahaha



aq pun rasa pelik ngan gambaq nie..





A
tq.. for watching

Friday, July 22, 2011

Kebaikan merokok !!

satu dunia dah tahu dan sedia maklum.. merokok nie bahaya... eh yeka?

para ulama pun telah mengupdatekan fatwa meghisap rokok makruh kepada haram kerana bahan yang ada dalam rokok membahayakan kesihatan ...

ini dia berita baik kepada perokok tegar..
jaganlah risau.. menghisap rokok nie masih lagi ada kebaikan...
mai sini aq nak bagitau... 

yang ke-1
rambut tidak akan beruban atau mengalami keguguran..  awex muda ka??
para perokok tidak akan pernah beruban atau mengalami keguran ini kerana mereka tidak dapat menyaksikan rambut mereka beruban/gugur kerana ajal mereka akan datang lebih awal.. jadi xsempat la rambut nk gugur...

yang ke-2
keselamatan terjamin..
perokok akan selamat kerana mereka akan mengalami batuk-batuk pada waktu malam, jadi pencuri dan perompak terpaksa membatalkan nawaitu mereka kerana menyangkakan tuan rumah masih lagi belum tidor..

yang ke-3
dilindunggi oleh serangan binatang buas..
ini kerana otot-otot para perokok akan menjadi lemah dan satu hari akan memakai tongkat..
jadi apa bila serangan berlaku... tongkat digunakan untuk membelasahi binatang tersebut... << kalau singa or harimau serang macam mana plak??

jadi kepada perokok diluar sana.. teruslah merokok.. keep it up bro.. aq pun merokok jugak bla bla bla zz

p/s jin hidup dengan memakan asap.. jadi sapa yg mengeluarkan asap adalah sahabat jin...
      yeka? habis tu kalau kita main mercun, bbQ, or naik kereta.. kan ada asap... semua nie rakan jin ka???
renung2 kan....

 

Monday, June 20, 2011

histeria: ganguan jin atau masalah psikologi???

ramai yang mengatakan histeria ini merupakan satu ganguan daripada makluk halus...
ehh betul ka???

jadi aq pun wat sedikit penyelidikan perghh macam wartawan soit

menurut Datuk Dr Amran Kasimin, dia mengatakan "histeria berlaku kerana makluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas diganggu nie kes xpuas hati la Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis yang menyokong kenyataan berikot".

menurut ketua jabatan perubatan psikologi pusat pakar universiti malaya, profesor Mohamad Hussain Habil, pula mengatakan bahawa histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan persaan yang melampau.

katanya lagi " kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. namun selepas dikaji-dikaji dan dikaji. kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja "

sesi soal jawab perghhh

S: bagai mana histeria boleh berlaku dan mengapa????

J: histeria boleh berlaku atas 2 faktor. firstly tekanan dan second ganguan. apabila tertekan sama ada disekolah, tempat kerja,rumah,pergaduhan, diri akan hilang pertimbangan dan kerana itu makluk halus jin mudah menguasai diri..

S: bagaimana jin masuk?? dan kemana tujunya??

J: jin boleh masuk ke tubuh melalu pelbagai teknik pro jin nie..
boleh masuk melalui hidong,telingga,ibu jari kaki, dan tangan..
selepas masuk, ia akan terus menyerang otak dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang masuk lah...

ada yang dirasuk boleh bercakap siam.cina,indonesia,jawa.. ini kerana jin ini terdapat perbagai bangsa, sama seperti manusia.. oooooooo jin nie ada masyarakat upanya..

S: bolehkah histeria ini mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa?? terutamanya pelajar??

J: YA.... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. ia sama dengan simptom yang dialami orang gila iaitu hilang ingatan..

bezanya histeria dapat dipulih selepas jin dikeluarkan dari badan berbanding dengan orang gila
namun jika histeria sering menyerang seseorang, ia mungkin bahaya diri mangsa, fikiran mungkin 'dirosakkan' oleh makluk halus sehingga menyebabkan gila....

S: apakah tanda seorang itu diserang histeria??

J: tangan mengeletar dan sejuk. dia juga rasa dalam fantasi.mungkin terdengar bunyi air,sedisiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.

ia boleh dirasai.selepas jin ada pada tubuh,mangsa melihat dunia gelap,kepala bergoyang dan tubuh mengeletar.


S: mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria???

J: wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. apatah lagi dalam keadaan tertentu. begitu juga lelaki ada yang kena ganguan jika tidak kuat semangat.

S: bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa.?

J: berpegang teguh pada ajaran agama. jika kuat amal ibadat dia tidak suka mendekati..

S: bagaimana pula kes mereka diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali??

J: apabila seseorang itu diserang histeria, laluannya sudah ada.. itulah yang menyebabkan mereka mudah dikena serangan kedua ketiga dan keempat..


apa yang perlu dibuat???

bawa mangsa ke hospital untuk dirawat...
bawak mangsa bercuti.. ini untuk mengurangkan stress yang ada...




jika tidak berjaya cubalah mencari orang yang bolhe merawat histeria..

p/s.. jadi histeria merupakan salah satu tekanan yang diterima oleh seseorang individu..
kalau tak stress tak la jadi histeria... jadi mereka yang stess tu.. reduse-reduse la yer.. nak tahu macam mana nk reduse?? petik disini entry aq yang dahulu >> http://kucingijau.blogspot.com/2011/01/tepis-dan-elak-stres.html ..


tq for reading.

Sunday, June 19, 2011

Salah siapa??

siapa yang harus dipersalahkan??? 
lelaki atau pun wanita?
berpandukan gambaq ni ampa semua boleh tahukan?? apa yg aq nak tulis??
bukan aq nk salahkan wanita.. dan bukan aq nk salahkan lelaki...
tapi kita sebagai rakyat yang berguna,berjaya,gemilang,cemerlang, berwawasan.. haruslah mengigati satu sama lain toll ark??

nasihat aq kepada kaum hawa..

pakailah baju yang sedikit longar. 
yang tidak menarik perhatian sagat.. 
perlu egat nafsu lelaki nie kuat.. 
kalau kena rogol ka.. samun ka..
 jagan la nak menunding jari kat sapa-sapa.. sendiri mau egat la...
dah tu kalau dah kenal rogol...
 mulalah beranak..
buanglah bayi yang tak berdosa tu kat merata tempat.. ADOIIII
kesian betul aq dengan masyarakat sekarang... 
korang letak otak kat mana???
bawah tapak kaki ka??? (mengeluh seketika)


kepada kaum adam pula

kawal la sikit nafsu tu...
 kita perlu pegang kepada agama kita (islam) 
negara kita malaysia ada undang-undang... 
kalau ampa rogol pun..tak kemana.
alih-alih ampa jugak yang sakit...
yerla.. hukuman sebat.. perghh shahdu bro..

aq xnak la letak video sebat tu dalam blog aq..
tapi kalau ampa nak tegok jugak.. petik link ini >> 
video nie unsur keganasan sikit..
jadi sesapa yang nak tgok kena verify age dulu....
nasihat kepada orang ramai.. kalau takut takpayah tegok!!...


p/s jadi marilah kita beramai-ramai mengubah masa hadapan... jagan biarkan genarasi kita kotor..

tq for reading..

Saturday, June 18, 2011

perbezaan filem melayu,cina dan industan

wahh... tajuk kali nie aq dapat ilham dari FB.. terbaca satu artical tu.. jadi degan segannya aq post la kat sini..
tp bukan 100% ...

drama dan filem melayu...
1. kebanyakan cerita melayu pasti wajib tentang :
----kisah cinta..
----cinta 3segi la 4 segi.. 5 enam dan bersegi-segi lagi..
----anak-anak tamak rebut harta pusaka...
---- kalau keluarga kaya, anak-anak confirm rebut nak jadi tan sri.. tak pon nak jadi CEO syarikat..

2. bila cerita pasal awex/mat kilang.. rumah bujang depa.. mesti complete furnished. ada tv 42 inci, peti ais besar, satu set sofa mewah..
depa tak kaji ka?? aq pun pernah jugak kerja kilang.. duk umah sewa.. tapi xdak pun barang-barang tu.. hurmmm... mungkin kilan support kot... lalala

3. cerita polis plk.. dialah penyiasat, dia la forensik, dialah serbu cukup kata.. semua dia..
pastu bila cakap.. complete 100% bahasa baku..
contoh " saya rasa kita patut siasat degan lebih terperinci".

4. adegan kat umah plk.. abah sure tegah baca paper.. mak plk mesti tegah lipat baju.. adik-adik mesti tgok tv xpown main PS ataupun XboX.. orang gaji plk confirm ada kat dapoq cuci pingan or masak... orang gaji mesti nama mak bedah takpun mak nab.
nk kasi cukup time.. ada babak bukak pintu pagaq, masuk kereta drive masuk umah, tutup pagaq.. hmmm semua dah ada dalam otak..

5. adegan sembahyang plk.. mesti dah salam akhir.. kalau mengaji tu dekat part last "sadakallah hulazim"....
qeti sebut yg tu jaka?? ....

6 kalau gangster.. anak buah mesti pakai baju lengan xda.. pastu mesti pakai rantai atau pun bracelet...

drama filem Cina plk..
1. cerita kungfu, hera mesti wajib boleh terbang sini sana.. tapi yang herannya waktu pengembaraan jalan kaki.. awat tak terbang?? kan cepat sampai..

2.kalau cerita modern sikit hero kuat .gila.. boleh tewaskan 30 musuh sekali gus.. perghh..

3. macam biasalah hero mesti kena tembak kat bahu ataupun kaki. TAK MATI...

4.heroin mesti jadi bini bad guy dan jatuh cinta kat hero.. yer la dah hero kuat hahaha....

5.pistol hero mesti peluru tak habis. tak payah reload..

6. kalau cerita hantu.. hantu mesti mekap bedak sekilo pas2 pakai celak.. bibiq mesti ada darah.. wuuu (xseram pon)

7.kalau cerita lawak plk.. wajib ada adegan meleleh air liur.. eeeeeee

cita hindustan/india
1. biasanya cerita bermula degan dua orang adik beraddik pastu terpisah, sorang masuk geng jahat dan sorang g geng baik... dah besar abg pasti jadi insektor sahab dan adik jadi ganster. pastu lawan punya lawak abg tembak adik... last2 bawu tau orang jahat tu adik dia.. 

2. orang jahat digambarkan jahat sungguh sampai dinosur pun takut..

3 filem paling pendek selama tiga jam...

4. orang jahat dan hero. payah nak mati walaupun kepala dah kena katok degan besi, perut dah kena tikam..
dia masih leh beraksi.. WOW...

5. walaupun jarak sekaki setengah.. hero mesti tak kena tembak..

6.babak menari kehulu kehilir yang melibatkan satu daerah mesti ada..

7. kalau cerita modern sikit, dialoq mesti campoq ngn bahasa owang puteh contoh 
" i'm sorry. i didn't know that na pere thohe sejedu bla bla lalala......."

p/s biasanya plot jalan cita dah dapat baca tapi kita still nak tgok kan.. biasala lumrah dunia....





tq for reading...

Friday, June 17, 2011

sayangnya abah

abah
sebelum nie aq ada pos tentang pengorbanan mak kan??
ok skung aq nak cita pasal ayah/abah plak..
yela.. asyik mak ja kan??
bila kita berjauhan dengan family mesti kita rindu mak kan??

abis tu abah plak macam mana?? tak rinduw ka??

mungkin mak lebih banyak tanya tentang khabar kita berbanding dengan abah...
kalau abah tak tanya khabar tu.. tak bermaksud abah tak ambil berat...


waktu kita kecil
abah ajaq kita naik basikal.. alah basikal yang roda tiga tu..
setelah abah yakin bahawa kita boleh menungang dengan berhermat.. abah pun buang la roda bantuan yang melekat kat taya tu..
masa tu.. mak pejam mata sebab.. takut tegok kita jatuh..
tapi abah.. tetap memberi keyakinan kepada kita..

saat kita meronta-ronta nak patung.. mak tak sampai hati nak marah.. tapi abah..
degan tegas kata.. "toksah duk gatai, abah penyepak satgi.. lain kali kita beli"
ini kerana abah xmau kita jadi terlampau manja...

ketika remaja..
kita mula la jadi hawaq (keluaq malam).. lalu abah berkata dengan tegas " acik jagan duk berani keluaq rumah malam-malam.. abah tau ja acik keluaq abah bagi penampaq" ini kerana abah nak menjaga kita..
kita nie ibaratkan sesuatu yang berharga baginya...
lalu
kita masuk bilik degan bebalnya( tak puas hati)
tapi yang datang mengetuk pintu dan pujuk kita adalah mak...
taukah kita pada masa itu dan saat itu.. abah memejamkan mata dan menahan diri, kerana abah sagat ingin ikut kemahuan kita. tapi abah harus menjaga kita...

sampai satu ketika abah menghantar kita ke institusi pengajian tinggi..
badan abah kaku untuk memeluk kita.. lalu hanya memberikan nasihat. abah ingin menanggis macam mak dan peluk kita seeratnya, lalu abah menepis air matanya sebelum kita sempat melihat dan menepuk bahu kita dan berkata "achik jaga diri elok-elok (baik-baik)"

saat kita perlukan duit untuk bayaq yuran semester dan makan minum kita.. orang pertama yang mengerut kening adalah abah, abah berusaha mencari duit supaya anaknya sama rata dengan orang lain walaupun abah terpaksa mengikat perutnya... kita tahu tak semua tu???

saat kita sakit... dan tidak ada disamping abah.. abah terlalu bimbang dan berkata
"abah dah kata jagan minum ayaq(air) sejuk banyak sagat.. kan skung dah batuk".. "abah dah kata makan tu jagan lambat.. kan dah masuk angin" berbanding degan mak yang memperhatikan kita degan lembut...
ketahuilah saat itu abah benar-benar risaukan kita....

dan ketika saat abah tegok kita di atas pelamin.. abah lari ke belakang menanggis dan berkata pada diri sendiri "akhirnya tugas aq mendidik anakku kini sudah selesai.. anakku sudah membesar menjadi seorang yang berguna".. kita tahu tak semua tu???

p/s ketahuilah anda bahawa abah merupakan tulang belakang kita selama ini.. walaupun abah tak tunjuk.. tapi jauh didalam hatinya abah sayang kita...



tq for reading ..

Thursday, June 16, 2011

gerakkan title blog

kali nie aq kongsi.. camna nk kasi blog title kodek-kodek (gerak)

senang ja....
nak tahu macam  mana??
pegi ke design >> add gadjet >>> HTML..
pastu ampa copy code dibawah nie..

<script language=javascript>
msg = "Title Blog Anda";

msg = "..." + msg;pos = 0;
function scrollMSG() {
document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos);
pos++;
if (pos > msg.length) pos = 0
window.setTimeout("scrollMSG()",200);
}
scrollMSG();
</script>



dan paste...


pastu ada nampak tak perkataan "Title blog anda"
kawu dah nampak..
ampa tukaq la sesuka hati...




save dan view... SIAP..
TQ for reading... 

Tuesday, June 14, 2011

Ibu

saat kamu berumor 1 tahun, mak suap dan mandikan kamu
sebagai balasan, kamu menangis sepanjang malam...

saat kamu berumor 2tahun, mak ajar kamu cara berjalan,
sebagai balasan kamu hilang bila mak panggil...

saat kamu berumor 3tahun, mak masak semua makanan kegemaran kamu degan penuh kasih sayang
sebagai balasan kamu buang makanan ke lantai....

saat kamu berumor 4tahun, mak beli pensil kaler luna..
sebagai balasan kamu conteng dinding rumah dan meja makan..

saat kamu berumor 5tahun, mak beli baju yg grand2..
sebagai balasan kamu pakai dan kasi kotor baju tu...

saat kamu umor 6tagun, mak hantar p sekolah..
sebagai balasan, kamu berteriak..''tak mau!!!"

saat kamu umor 7tahun, mak beli bola..
sebagai balasan kamu sepak.. habis pecah semua barang..

saat kamu 8tahun, mak beli icecream..
sebagai balasan, kamu tumpahkan..habis bergetah lantai umah..

saat kamu 10 tahun..mak hantar kemana saja yg kamu nak pergi..
sebagai balasan.. kamu kuar kereta tanpa ucap ''terimakasih''

saat kamu 15tahun, mak balik dari kerja dan ingin memeluk kamu..
tapi kamu.. kunci pintu bilik...

saat kamu umor 18.. mak menanggis kegembiraan kerana anaknya lulus SPM..
tapi kamu berseronok degan rakan-rakan...

saat kamu umor 19.. mak kasi duit untuk sambong belajar..
sebagai balasan, kamu minta mak balik ke rumah cepat supaya kamu tak malu...
mana ucapan terima kasih??

saat kamu berumur 22tahun.. mak memeluk kamu kerana kamu berjaya tamatkan pengajian..
tapi kamu kata ''mak.. apa nie??.. malu la orang tegok.. saya bukan budak-budak lagi''

saat kamu beumor 25 tahun.. mak kasi duit sikit untuk kawin..
sebagai balasan.. kamu berpindah jauh...

saat kamu 30 tahun.. mak kasi nasihat cara untuk menjaga anak-anak kamu..
tapi kamu kata ''mak sekarang nie dah modern.. tu semua cara lama''

saat kamu berumor 35 tahun.. mak telefon suruh balik kerana rindukan kamu..
tapi kamu kata ''saya sibuk la mak.. nanti saya free saya balik la''...

saat kamu berumor 40tahun.. mak sakit-sakit kat rumah (sakit tua)
sebagai balasan kamu hantar ke rumah orang tua...

dan satu hari, mak meninggalkan kamu dengan tenang.. dan tiba-tiba teringat apa yang telah kamu lakukan...
terhirisnya hati... bagai lembing menusuk...


 p/s ringan-ringan la ucapkan terima kasih kepada mak kita...
hargailah orang yg tersayang selagi beliau masih ada.. :)

renung-renungkan.....

Wednesday, May 4, 2011

tutorial: energy saving (blog tido)

blog tidoq??
camna nk wat...

camni...
first sekali pergi ke dashbord anda klik design pastu klik add gadjet pilih add html
pastu campakkan kod ini >>>


<script src='http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js' type='text/javascript'></script><script type="text/javascript">if (window.jstiming) window.jstiming.load.tick('headEnd');</script>
<!-- save your energy --><script language='javascript' src='http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js' type='text/javascript'></script><!-- save your energy end --><script type='text/javascript'></script><script type='text/javascript'></script>

pastu apa lagi save la... takkan yg itu pun nak bagi tau...
hehehehe


nak tahu jadi ke x???
bukak blog.. pastu biar lama-lama
dia akan jadi gelap
(macam sleep kat laptop)

moga maju jaya..

Friday, April 22, 2011

44 tentang lelaki !!

kepada wanita!! banyak yang anda perlu tahu tentang lelaki... JOM BACA!!



1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona @ sejuk mata memandang. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).


4. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,apabila hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

5. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

6. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

7. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

8. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda). hahaha

9. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

10. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

11. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

12. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

13. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

14. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

15. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

16. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda

17. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

18. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

19. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

20. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

21. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

22. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

23. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

24. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

25. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

26. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip. hahaha

27. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

28. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

29. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

30. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik. :)

31. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.


 
32. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

33. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

34. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

35. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

36. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

37. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

38. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

39. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

40. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga). lalala

41. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

42. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

43. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

44. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

petikan dari apa yang aq baca.. hahahahaha
yg tu jer la yg aq nk gtau... adios

Popular Posts

tHanks for viEW...